Tuesday, 29 May 2012

Dwd

Dah terlalu lama tak tulis entry. Haih

Kalau tak mahu baca pun tak pa tak payah sebab entri ini gerenti tak berfaedah dan membuang masa. Tak caya cuba baca.

Hari tu ada sekali aku pergi jalan-jalan di Kont Miara berpakaian t-shirt round neck F.O.S hasil jualan murah. Perut mula terasa lapar, hati mendahagakan kasih sayang tapi itu cerita lain. Aku singgah di satu kedai mamak.

"Bang, nasi goreng pataya satu,"

"Ok dik. Dik cuti eh?"

"Err.. a'ah," aku jawab ringkas. Aku bukannya regular customer cuma agak kadang-kadang aku datang sini.

"Ok dik. Nanti makan cepat-cepat eh ada ramai customer ni"

"Mana boleh. Saya ada hak sebagai customer untuk menggunakan masa sebanyak mana yang saya mahu. Abang ingat saya tak mampu failkan saman? Mampus kau la kau nak aku belah cepat," aku bermonolog dalam hati setelah abang tersebut pergi.

Aku pandang sekeliling. Orang-orang di sini sangat urban sehinggakan aku rasa sangat felda. Seorang gadis dilitupi mekap lalu di tepi menggayakan busana yang paling terkini. Dua lelaki, puntung rokok berasap di bibir datang duduk di meja selang satu di hadapan aku.

Pengkid rupanya. Asal pengkid ja nak rambut cacak. Cuba la pengkid sikat tepi, atau pakai songkok. Kalau nak sangat pun cuba la sekali-sekala langkah ke masjid sembahyang Jumaat, eh.

Sebelum entry ini menjadi lebih islamik biar aku skip part tersebut sampai ke part aku masuk kedai buku NPH.

Tengah aku meraba eh membelek-belek buku muncul seorang lelaki lingkungan umur 20-22 tahun berkaca mata di rak buku berhampiran.

"Minat A Song of Ice And Fire eh? Saya peminat fanatik." tanya lelaki tersebut ramah.

"A'ah. Saya juga peminat yang tidak kurang fanatiknya," aku lagi ramah rupanya. Wah, fikir aku. Ada peminat ASOIAF. "Kau dah baca sampai mana?" aku cuba ber-accent kay el.

"Dah sampai DWD, kau?" ciri perbualan janggal memang tanya balik soalan yang sama.

"Sama"

"Really? Aku tension giler bila ******* mati, tambah bila ... blah blah blah....,"

Lepastu aku tak cakap apa-apa sampai dia belah. Kami saling babai.


.....


.....


.....


Dia bagitau spoiler part aku tak baca lagi.