Thursday, 15 December 2011

Cerita Shameel 2

    Isabella anak Pak Barah pakai skirt senget sebelah~~....

    Shameel tersentak. Ini parody lagu zaman 60-an. Tak syak lagi hantulah yang menyanyikan lagu tersebut, fikir Shameel berasaskan logiknya. Shameel mula takut dan berfikir untuk lari. Shameel cemerlang dalam berlari. Masa kecil dulu Shameel selalu main polis sentri. Dalam permainan tersebut, penjahat akan dikejar oleh pembaik. Sekiranya Shameel menjadi pembaik maka penjahat pasti akan tumpas. Begitulah juga sebaliknya.

    Shameel mematikan hasratnya untuk berlari. Ini semua sangat redonkulous. Shameel meluru ke biliknya. Dia segera baring atas katilnya yang bercadar biru. Shameel sangat suka warna biru. Ini kerana Shameel percaya, tidur atas benda biru akan membawa tuah kepada si penidur pada 9 hari yang akan datang. Ini tidak redonkulous, Shameel meyakinkan para pembaca blog ini.

    Tiba-tiba, Shameel tidak dapat bergerak. Jari-jemarinya menjadi kaku. Shameel cuba membaca ayat yang dihafalnya, tetapi gagal. Sebaliknya lagu If You Seek Amy pula bermain dalam mindanya. Damn. Dia cuba sedaya-upaya untuk menggerakkan anggota badannya dan berjaya selepas 3 minit mencuba. Tipu. Shameel tak record masa pun. Dia terus pergi bilik mandi, berwuduk, dan sembahyang Isya'. Lepas tu, Shameel dapat tidur dengan tenang.....

YA. MACAM TU LAH PENGAKHIRAN CERITA INI

   

4 comments: