Monday, 28 November 2011

Cerita Shameel

Pada suatu Friday night, Shameel sedang study di dalam biliknya. Roomatenya keluar study di concourse. Shameel sedang mengulang kaji mata pelajaran Biology HL. Tiba-tiba, pintu lokarnya terbuka kuat. Shameel terkejut. Dia berani tidak menghiraukan bunyi tersebut; malulah nanti pada Norshamira, Hanis dan awek-awek lain tahu nanti.

    Shameel bangun dan terus pergi tidur di atas katilnya. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi kaca pecah. Apakah semua ini?, tanya si pembaca blog area seksyen 17 pj yang annoyed dengan kekeringan cerpen ini. Shameel tarik selimut menutup mukanya. Angin meniup kuat, gambar di dinding bergoyang, akuarium ikan flower horn berkocak. Ok akuarium tu tipu, kmb tak bagi bawa haiwan peliharaan. Dan Shameel suka flower horn kerana flower horn sangat unik. Siapa tak tahu ikan flower horn Shameel syak dia memang kanak-kanak pelarian Rohingya

    Terdengar lagi bunyi pintu lokarnya ditutup. Shameel tersentap. Dia terus bangun dan keluar dari biliknya, tanpa mengetahui hala tuju. Tiba-tiba, something berwarna putih membuat penampilan istimewa dalam cerpen ini apabila ia memecut di hadapan Shameel dengan kelajuan bunyi. 

    Shameel gabra. Peluh membasahi badan macam orang kena kejar JAIS. Shameel cuba meyakinkan dirinya yang semua ini adalah illusion. Berfikir positif itu perlu bagi rakyat Malaysia dalam mencapai hasrat Wawasan doploh doploh.

   Tiba-tiba Shameel terdengar sesuatu....

   "Isabella, anak Pak Barah, pakai skirt senget sebelah~~"

    ...........

MAAF AKU TAK TAHU NAK SAMBUNG CERITA MACAM MANA NANTI LEPAS PERIKSA JUMAAT NI AKU EDIT