Saturday, 9 April 2011

Lewat ke sekolah

        Aku masih tidur. Mak mengetuk pintu perlahan-lahan, kemudian masuk. Mak menggerakkan aku. Disebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat, aku sambung tidur dan buat-buat tidak tahu. Mak aku mula menggerak-gerakkan ku dengan lebih kuat. Aku tetap berdegil. Mak keluar dari bilik, kemudian masuk balik dengan satu baldi yang penuh diisi air. Mak terus menyimbah air ke atasku. Aku enggan bergerak walau dalam kebasahan tersebut.

         Mak kemudian keluar dan masuk balik dengan sebilah pisau. Tanpa segan silu mak mencucuk-cucuk perutku dan aku terus bangun dari katil dalam kesakitan tersebut. Merah. Darah mengalir keluar dari perutku. Aku meraung kesakitan. Mak terus menutup lukaku dengan tangannya, dan tiba-tiba lukaku sembuh. Aku terus mandi, kemudian makan roti yang telah Mak sediakan. Jam sudah lewat, dan malangnya aku ketinggalan bas sekolah.

         Mak membawa aku keluar rumah untuk menghantar ku ke sekolah. Dalam sekelip mata, Mak telah membawaku memecut jauh sampai ke pertengahan jalan. Tetapi Mak seperti mula penat dan kami mengambil keputusan menaiki teksi. Kami menunggu teksi di tepi jalan. Setelah beberapa lama, tiada teksi yang berlalu. Mak bercekak pinggang. Dia mula membebel dan menghentak tanah dengan sebelah kakinya. Tanah tar tersebut retak teruk.

         Tiba-tiba ada satu teksi datang. Mak mengangkat tangan untuk memberhentikannya. Tetapi teksi tersebut tanpa menghiraukan Mak, berlalu macam tu saja. Mak jadi geram. Mak mengangkat sebiji batu besar yang terdapat di tepi jalan yang beratnya dalam lingkungan 40-50 kg dan melontarnya ke arah teksi tersebut. Teksi tersebut terpelanting ke tepi jalan dan terbalik. Mak tersenyum lebar. Tiba-tiba pintu teksi itu terbukak dan berubah menjadi sayap berwarna pink. Badan teksi itu bertransform menjadi robot dinosaur. Aku hendak melawan raksasa tersebut, tetapi Mak menghalangku. Tiba-tiba raksasa itu menembak bebola api. Jalan tar itu rosak teruk. Akibat dari tembakan itu, aku terpelanting jauh. Kelibat Mak tidak kelihatan. Aku dongak ke langit, Mak sedang melayang diudara, sikunya dirapatkan ke badan dan sebelah kakinya diangkat. 
  
        Pertarungan yang dahsyat telah berlaku di antara Mak dengan raksasa tersebut. Mak mendepakan tangannya, kemudian menujunya ke arah raksasa tersebut. Tiba-tiba terkeluar cahaya biru dari tangan Mak yang sangat menyilaukan mata sehingga aku tersilau dan tidak dapat melihatnya. Terdengar satu dentuman kuat dan sebaik aku membuka mata, raksasa tersebut telah berubah menjadi serpihan besi. 

        Mak turun dari udara. Tiba-tiba sekumpulan burung merpati bermata merah datang mengelilingi kami. Mak sudah penat. Aku menyuruh Mak rehat. Aku menggunakan kuasa tangan bercahaya macam I Am Number Four untuk menghancurkan burung-burung tersebut. Tetapi bilangannya makin bertambah. Aku kemudian menggunakan mata laserku dan memancarkan kepada burung-burung tersebut. Semua burung tersebut jatuh ke tanah.

        Tiba-tiba mayat burung tersebut mercantum membentuk tiga buah kereta. Kami dibenarkan untuk memilih satu kereta sahaja. Jika kami pilih yang betul, maka kami akan terus sampai ke destinasi, tapi jika salah, maka tiada lagi destinasi selepas ini. Dalam keletihan tersebut, kami memilih satu kereta secara random. Tiba-tiba satu daripada kereta yang tak dipilih telah musnah. Ini menunjukkan yang satu daripada kereta yang tidak dipilih itu sudah tentunya salah. Kami diberi peluang untuk bertukar pilihan jika mahu. Dengan berpandukan Monty Hall Problem, kami menukar pilihan, dan akhirnya, pilihan kami  betul dan kami sampai di sekolah.

    "Jadi cikgu, itulah sebab kenapa saya lewat."

    "Dah! Dah! Jangan nak buat keling!! Dah lewat nak bagi alasan tah hapa-hapa. Pergi keliling padang sekarang!!!"  
     

         

         

14 comments:

  1. haziq hussaini.....ntah apa2 entry yg mcm mimpi tido di tengah hari

    ReplyDelete
  2. macam sucker punch sangat kot....

    ReplyDelete
  3. haziq hussaini is very imaginative yet childish...go and suck dick ooops lollipop

    ReplyDelete
  4. Nanda Kumar a/l arumugam12 April 2011 at 02:59

    okay, youre such a racist bastard ! YOU USED THE "K" WORD AT THE END ! THIS BLOG SUCSK!

    ReplyDelete
  5. babi punya keling

    ReplyDelete
  6. Nanda Kumar a/l arumugam12 April 2011 at 03:05

    wey kau ingat apa kau?! nak gadooo aah?!

    ReplyDelete
  7. ada sentimen perkauman ni, blog ni akan diharamkan tidak lama lagi

    ReplyDelete
  8. wah imagine tinggi.lwak lah kau ne

    ReplyDelete
  9. Siapa pulak Tan Sri Muhyidin Yassin tu? Pasal keling pun bising.

    ReplyDelete
  10. lawak gila babi! macam baca prosa tradisional pun ada(sebab cerita ngarut habis). Mak tu superhero ke? ngee.

    ReplyDelete