Friday, 29 April 2011

Entry Boring

Sekarang ini aku SANGAT SANGAT MENGIDAM MAKANAN SEAFOOD


      Kami kena pindah rumah sebab kena rumah kena cat. Rumah sebelah ja pun. Abang kat office tu panggil kami nak bagi kunci rumah baru. Dia suruh pindah hari ni juga. Kami cakap nak sangat kami pindah buat la sndiri pala hotak hang la nak suruh kami baiklah abang kami akan bergerak sekarang

     Pastu sebelum nak pindah isk tak tau la kenapa dey all nak basuh rumah baru tu. Walaupun aku mengantuk tapi terpaksa la berlakon aktif enthusiastaik mengemas rumah. Isk isk. Pastu main baling-baling air. Pastu Azmair tuang air kat semua orang dah jadi lari dari objektif sebenar isk isk. Pastu air terkumpul kat satu tempat sebab lantai kat situ ada lekuk dalam sikit so air mengalir dan terkumpul di situ. Oh, panas sungguh saya di situ. %$#$@ punya kontraktor.





Haziq J vibrate sebab dia ada henset baru


watafak


witch doctor


sparkling kan. Macam vampire




oh btw aku suka la video ni

Sunday, 24 April 2011

HELLO

TENGOK VIDEO NI. TOKSAH TENGOK VIDEO KAT BAWAH TU. YANG TU MERAPU JA


Tuesday, 12 April 2011

Another Love Story

    There was once a boy named Dasata. Everybody hates Dasata because he is poor, ugly and no money no honey wtf.

    One day, Dasata was bullied by the Nokia XpressMusic gang. Suddenly, a girl came and rescued him. The girl kicked their ass till they cried wtf. The Nokia gang ran away. The girl introduced herself to Dasata as  Gilaim. Since that day, Dasata and Gilaim become friends. They eat together play together story-story together yet they never say never (suddenly). They always meet face to face because they have no cellphone because they know handphones emit harmful radiation watafak.

    One day eh tadi dah one day. Ok One evening, Gilaim starts to feel boring having everyday spent with Dasata. So Gilaim didn't meet Dasata at the park as usual today. Dasata thought that Gilaim arrived early and went into the nearby forbidden forest.

shit tak jadi cam shami


     Suddenly, Dasata was ambushed by the Success Biology Form 4 gang. Dasata was hit at the johnson body till bloody like bladi hell. The gang was scared when Dasata was seriously maimed like seriously. Dasata was left  alone in the forest. Then a poisonous snake came and patuk (see here) Dasata and ate Dasata auummm aummm.

      The news for Dasata came out the next day but somehow Gilaim didn't watch the news because she was too busy doing the dishes wtf exemplary daughter (see here) lah kata kan. After a few days, Gilaim realized there's an absence deep deep inside the core of her blood pumping heart (<-- jiwang doh). She went looking for Dasata. In the forbidden forest, the snake bit Gilaim and ate her. Gilaim and Dasata live in the snake happily never after.
    






YES YES I KNOW I'M NOT A GOOD WRITER

Saturday, 9 April 2011

Lewat ke sekolah

        Aku masih tidur. Mak mengetuk pintu perlahan-lahan, kemudian masuk. Mak menggerakkan aku. Disebabkan rasa mengantuk yang teramat sangat, aku sambung tidur dan buat-buat tidak tahu. Mak aku mula menggerak-gerakkan ku dengan lebih kuat. Aku tetap berdegil. Mak keluar dari bilik, kemudian masuk balik dengan satu baldi yang penuh diisi air. Mak terus menyimbah air ke atasku. Aku enggan bergerak walau dalam kebasahan tersebut.

         Mak kemudian keluar dan masuk balik dengan sebilah pisau. Tanpa segan silu mak mencucuk-cucuk perutku dan aku terus bangun dari katil dalam kesakitan tersebut. Merah. Darah mengalir keluar dari perutku. Aku meraung kesakitan. Mak terus menutup lukaku dengan tangannya, dan tiba-tiba lukaku sembuh. Aku terus mandi, kemudian makan roti yang telah Mak sediakan. Jam sudah lewat, dan malangnya aku ketinggalan bas sekolah.

         Mak membawa aku keluar rumah untuk menghantar ku ke sekolah. Dalam sekelip mata, Mak telah membawaku memecut jauh sampai ke pertengahan jalan. Tetapi Mak seperti mula penat dan kami mengambil keputusan menaiki teksi. Kami menunggu teksi di tepi jalan. Setelah beberapa lama, tiada teksi yang berlalu. Mak bercekak pinggang. Dia mula membebel dan menghentak tanah dengan sebelah kakinya. Tanah tar tersebut retak teruk.

         Tiba-tiba ada satu teksi datang. Mak mengangkat tangan untuk memberhentikannya. Tetapi teksi tersebut tanpa menghiraukan Mak, berlalu macam tu saja. Mak jadi geram. Mak mengangkat sebiji batu besar yang terdapat di tepi jalan yang beratnya dalam lingkungan 40-50 kg dan melontarnya ke arah teksi tersebut. Teksi tersebut terpelanting ke tepi jalan dan terbalik. Mak tersenyum lebar. Tiba-tiba pintu teksi itu terbukak dan berubah menjadi sayap berwarna pink. Badan teksi itu bertransform menjadi robot dinosaur. Aku hendak melawan raksasa tersebut, tetapi Mak menghalangku. Tiba-tiba raksasa itu menembak bebola api. Jalan tar itu rosak teruk. Akibat dari tembakan itu, aku terpelanting jauh. Kelibat Mak tidak kelihatan. Aku dongak ke langit, Mak sedang melayang diudara, sikunya dirapatkan ke badan dan sebelah kakinya diangkat. 
  
        Pertarungan yang dahsyat telah berlaku di antara Mak dengan raksasa tersebut. Mak mendepakan tangannya, kemudian menujunya ke arah raksasa tersebut. Tiba-tiba terkeluar cahaya biru dari tangan Mak yang sangat menyilaukan mata sehingga aku tersilau dan tidak dapat melihatnya. Terdengar satu dentuman kuat dan sebaik aku membuka mata, raksasa tersebut telah berubah menjadi serpihan besi. 

        Mak turun dari udara. Tiba-tiba sekumpulan burung merpati bermata merah datang mengelilingi kami. Mak sudah penat. Aku menyuruh Mak rehat. Aku menggunakan kuasa tangan bercahaya macam I Am Number Four untuk menghancurkan burung-burung tersebut. Tetapi bilangannya makin bertambah. Aku kemudian menggunakan mata laserku dan memancarkan kepada burung-burung tersebut. Semua burung tersebut jatuh ke tanah.

        Tiba-tiba mayat burung tersebut mercantum membentuk tiga buah kereta. Kami dibenarkan untuk memilih satu kereta sahaja. Jika kami pilih yang betul, maka kami akan terus sampai ke destinasi, tapi jika salah, maka tiada lagi destinasi selepas ini. Dalam keletihan tersebut, kami memilih satu kereta secara random. Tiba-tiba satu daripada kereta yang tak dipilih telah musnah. Ini menunjukkan yang satu daripada kereta yang tidak dipilih itu sudah tentunya salah. Kami diberi peluang untuk bertukar pilihan jika mahu. Dengan berpandukan Monty Hall Problem, kami menukar pilihan, dan akhirnya, pilihan kami  betul dan kami sampai di sekolah.

    "Jadi cikgu, itulah sebab kenapa saya lewat."

    "Dah! Dah! Jangan nak buat keling!! Dah lewat nak bagi alasan tah hapa-hapa. Pergi keliling padang sekarang!!!"  
     

         

         

Monday, 4 April 2011

Kisah seram yang setanding dengan Nang Nak

      Entry ini sangat tak berfaedah tapi perlu dipostkan untuk menutup entry sebelum ini. Walaubagaimanapun saya tiada benda hendak ditulis dan tiada idea untuk berpuisi muisi.

    OK aku nak cerita seram.

     Pada satu malam, Shameel balik bilik dan ternampak yang pintunya tak dikunci. Shameel tertanya, macam mana boleh terbuka? Tadi dia dah kunci pintu tersebut. Takkanlah kunci kejayaan boleh membuka pintu bilik, fikir Shameel yang bangga dengan kejayaannya mendapat 5A+ 4A. Shameel dah mula rasa takut. Tapi dia tak jadi rasa takut, sebab nanti takut darah naik. Tapi dia still takutkan kenaikan darah kan kan kan.

       Shameel buka movie dalam laptopnya. Dia terus skip ke pertengahan video untuk menguji keberkesanan visual dan audio movie tersebut.

"What's up, baby?"
Tetiba keluar subtitle apa di atas, bayi.
Dasar movie download, fikir Shameel. 
Dia terus membuka lagu Extraterrestrial. Lagu itu sangatlah tak clear.
Dasar free download, fikir Shameel.
Tiba-tiba laptop tersebut teroff dengan sendirinya. Shameel fikir mungkin baterinya habis tapi laptop tersebut sedang charge!
Dasar laptop berwebcam tak selayak 2.3 megapixel dan berumur 6 tahun download, fikir Shameel (Shameel sengaja menambah 'download' pada akhir ayat untuk menyamakan ketiga-tiga ayat tersebut)

      Kemudian Shameel pergi ke bilik belajarnya. Dia ternampak balang shisha tersergam indah di atas meja studynya. Shameel mula rasa takut. Dia tertanya, hantu apa nak kacau aku dan kenapa balang shisha? Kenapa tidak tepung susu Nespray ataupun sepaket Kleenex? Shameel juga tidak tahu apakah brand balang shisha itu.

     Shameel terus meluru keluar dari bilik. Dia mengeluarkan handphone HTC yang baru dibelinya setelah menonton iklan tersebut

     Shameel cuba calling calling aweks rempitznya tapi tak dapat. Tiba-tiba dia tersedar yang semua itu hanyalah mimpi. Shameel menghembuskan nafas terakhir lega.




















P/S  : entry ini sebenarnya hanyalah untuk mengiklankan handphone tersebut sahaja.

Sunday, 3 April 2011

Ini tidak seperti yang dirancangkan

Malangnya hari semalam tidak berjalan seperti yang dirancangkan.


6.30   : Bangun. Baring-baring atas katil muhasabah diri. Tertanya adakah munasabah. Percutian ke Sabah.


6.45   : Tertidur


9.30   : Terbangun. Mandi kemudian makan di mana-mana kafe yang sikit orang sebab kalau ramai orang nanti macam tak selesa dalam keramaian sebab kadang-kadang tu I pergi tangkap gambar makanan. Makan french fries. Kucing minta french fries. Bagi kucing french fries. Tak cukup french fries sebab kucing makan lebih banyak. Beli lagi french fries. Kucing minta lagi french fries.


10.00 : Mula study Arab


10.01 : Mula pening. Pergi ambil udara segar di luar agar sentiasa sihat di dalam dan luar (rhyme)


10.30 : Sedang memilih buku untuk dibaca dan terpintas di fikiran lawak bodoh yang common dan koman iaitu membaca buku Facebook. Buka-buka saja-saja. Tengok-tengok ada orang dah memintas I sebagai 2nd highest score dalam Fast Typer 2. Tak boleh jadi. Walaupun dah jadi. Harus berusaha mengembalikan semula sandiwara wira aku yang pernah aku pegang dulu sebagai 2nd highest score.


12.00 : Berjaya mendapat tempat semula. Bangga. Seronok. Gembira. Puas. Happy. Victorius. Keen. Kind. Adventerous.


12.15 : Harus study. Buka buku Bio. Flip-flip muka surat. Teringat loker berselerak. Bangun mengemaskan loker.


1.00  : Wah dah pukowl sartuw. Lapar. My stomach is grumbling tumblin sinkin fumblin clumsy cause I'm falling in love oh oh fergie fergie. Pergi makan di UKC.


2.00  : Tweetpic because imma tweetpic re-virginized whore


2.15  : Oh teringat ada drama korea Secret Garden. Terfikir tak salah nak tengok hanya satu episode.


6.30  : Oh my gawd terlanjur hingga empat episode.


7.00  : Mandi dan makan. Bertekad hendak study selepas ini.


8.00  : Ragu-ragu terfikir apakah yang akan Kim Joo Won buat kepada Gil Ra Im. Disebabkan rasa resah jangan kau percaya terus sambung tengok drama tersebut.


10.00 : Berlaku rusuhan dalam Facebook di Kumpulan Lelaki Kachak Bergaya. Teringin hendak menyertainya.


11.00 : Ntah tiba-tiba nak tengok Wizards Of Waverly Place.


12.00 : &*#@$$@ kurang study hari ini. Bertekad hendak study esok hari. Nak tidur lah kot.


12.15 : Cis tergoda hendak membuka Facebook.


2.00  :  %@!#&$@&#^$%^&@$! OK AKU NAK TIDUR SEKARANG