Wednesday, 30 March 2011

Chat Facebook

     Ada kawan lama tegur kat facebook. Mula-mula tak kenal tapi lepas tengok gambar baru kenal. Dia tanya aku sedang buat apa. Aku jawab bernafas. Dia balas lol tapi aku yakin dia tidak gelak pun dalam realiti.

     Kemudian dia tanya kau nak jadi apa. Aku jawab nak jadi doktor. Dia balas haha muka cam kau tak macam doktor pun, cam tauke balak ada la haha. Aku balas lol kepada lawak tersebut untuk tidak mengguris hatinya kerana dia telah memerah otak memikirkan lawak tersebut setelah mesej itu dibalas dalam masa yang agak lama.

    Selepas itu dia bertanya kau ada awek ke. Aku menjawab tiada, yelek, freeman. Dia balas haha muka playboy cam kau tak kan takda awek kot haha. Aku terdiam dan membiarkannya menceritakan pasal aweknya sorang2 sedangkan aku melayan kerenah ahli Kumpulan Haziq Hussaini di Facebook.

    Kemudian dia bertanya lagi apa kau buat cuti hari tu. Aku menjawab tengok drama nangis Korea. Aku yakin dia akan balas dengan lawak 'haha muka cam kau'. Sangkaanku benar apabila dia menjawab haha muka cam kau dah agak dah layan benda2 camni.




    Aku tertanya, apakah sebenarnya definisi muka bukan doktor, muka playboy dan muka tengok drama nangis korea.



12 comments:

  1. muka macam kau lah semua mende tuh, kan kan kan haziqqq, ewewew, menchi3! lol!

    ReplyDelete
  2. watafak again

    ReplyDelete
  3. ok, haziq.. this post i better..

    ReplyDelete
  4. haha , kesian kau . tkpe2 , sbgai kawan kau , aku rasa kau baik and sporting . :)

    ReplyDelete
  5. MUKE MACAM KAU LA!! HAHA

    ReplyDelete
  6. Whatever la org lain said,
    u still gempak! ;p

    ReplyDelete
  7. aku tahu siapa anonymous atas ni

    ReplyDelete
  8. aku tatau siapa anonymouse ataih ni

    ReplyDelete
  9. haha dia tak tahu haziq ni genius sbnrnya :')

    ReplyDelete