Wednesday, 30 March 2011

Chat Facebook

     Ada kawan lama tegur kat facebook. Mula-mula tak kenal tapi lepas tengok gambar baru kenal. Dia tanya aku sedang buat apa. Aku jawab bernafas. Dia balas lol tapi aku yakin dia tidak gelak pun dalam realiti.

     Kemudian dia tanya kau nak jadi apa. Aku jawab nak jadi doktor. Dia balas haha muka cam kau tak macam doktor pun, cam tauke balak ada la haha. Aku balas lol kepada lawak tersebut untuk tidak mengguris hatinya kerana dia telah memerah otak memikirkan lawak tersebut setelah mesej itu dibalas dalam masa yang agak lama.

    Selepas itu dia bertanya kau ada awek ke. Aku menjawab tiada, yelek, freeman. Dia balas haha muka playboy cam kau tak kan takda awek kot haha. Aku terdiam dan membiarkannya menceritakan pasal aweknya sorang2 sedangkan aku melayan kerenah ahli Kumpulan Haziq Hussaini di Facebook.

    Kemudian dia bertanya lagi apa kau buat cuti hari tu. Aku menjawab tengok drama nangis Korea. Aku yakin dia akan balas dengan lawak 'haha muka cam kau'. Sangkaanku benar apabila dia menjawab haha muka cam kau dah agak dah layan benda2 camni.




    Aku tertanya, apakah sebenarnya definisi muka bukan doktor, muka playboy dan muka tengok drama nangis korea.



Friday, 11 March 2011

Cali

        Cali merupakan seekor serangga tak berekor yang berwarna hitam oren hitam oren. Dulu, aku pernah kena cali di dagu bahagian kanan sewaktu Form 2. Menyeksakan. Pedih mendidih sedih letih.

Jangan tertipu dengan kecomelan rupa serangga ini, gigitan panahan cinta dari
 serangga ini meninggalkan kesan kat aku hampir dua bulan. Dahla toksin sentuh haiwan
paling berbisa di dunia. Ok picture description dah terlebih panjang.


        Orang English menamakan serangga ini Rove Beetle. Bukannya love beetle kerana love bitenya yang amat berbisa, dan bukan pula the Beetles kerana yang tu saya tak perlu explain, dan semestinya bukan buaya. Kau jangan buat-buat pandai kat blog aku eh. Nama saintifiknya Paedurus rinakaunaktauwatpanakwatbahan. Kita di sini memanggilnys cali, dey all panggil charlie wtf.

        Masa dulu, aku terkena pun masa tengah tertidur. Si Cali ini bertenggek kat dagu dan dia berak. Berak tu yang corrode dagu aku. Ramai perompuan tarik balik dey all punya surat cinta eh tak tak. Bila terkena air, gila punya pedih. Minum tertumpah, gila punya pedih. Makan kari comot, gila punya pedih. Mandi, gila punya pedih. Swimming, gila punya pedih. Hujan takda umbrella, gila punya pedih.

      Tapi isk kalau budak kecik kena memang pedih sakit wtf gila la. Kesian.

Friday, 4 March 2011

Haziq is

I don't know why I did these.....





Haziq is Master Yoda





Haziq is Harry Potter




Haziq is Sora







Pengajaran

Pengajaran pada hari ini

     Jangan mencela orang lain kalau diri tak ingin dicela